Syarat-syarat pertukaran dan pemulangan barang bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang adil dan telus untuk semua pelanggan.
Barang layak ditukar apabila syarat-syarat berikut dipenuhi.
Barang boleh ditukar dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian, disertakan resit asal.
Pertukaran hanya boleh dilakukan di cawangan tempat barang dibeli.
Barang mestilah benar-benar tidak berfungsi atau mengalami kerosakan dari pihak pengilang.
Jika barang gantian telah kehabisan stok, anda boleh memilih barang lain dengan harga yang sama atau lebih tinggi (baki bayaran perlu dijelaskan jika berkenaan).
Situasi berikut tidak layak untuk pertukaran atau pemulangan.
Pertukaran tanpa resit asal.
Tuntutan pemulangan wang tunai untuk pembelian biasa.
Barang jualan penghabisan stok (clearance).
Barang promosi selepas tempoh promosi tamat.
Barang yang telah disalahguna, diubahsuai, atau dibaik pulih oleh pelanggan.
Pertukaran atas sebab "berubah fikiran" (change of mind).
Refund hanya dipertimbangkan untuk kes kecacatan sebenar dari kilang (contohnya warna atau saiz yang tidak menepati pesanan), apabila tiada pilihan pertukaran lain yang sesuai. Kakitangan kami akan menerangkan pilihan yang tersedia sebelum sebarang refund diproses.
Refund diproses pada hari Rabu, minggu terakhir setiap bulanMudah, cepat & telus — hanya 3 langkah.
Bawa barang berkenaan bersama resit asal ke cawangan tempat pembelian dalam tempoh 7 hari.
Kakitangan kami akan mengesahkan keadaan barang dan memproses pertukaran mengikut dasar di atas.
Untuk kes refund, kakitangan akan memaklumkan tempoh proses dan cara pembayaran akan dikembalikan.
Dasar ini disemak dari semasa ke semasa untuk memastikan ia relevan dengan operasi syarikat. Sebarang pertanyaan mengenai pertukaran atau pemulangan barang boleh dirujuk terus kepada kakitangan cawangan.
Hubungi kami terus melalui WhatsApp atau kunjungi cawangan berdekatan.
WhatsApp Kami